Tuesday, February 17, 2009

Tidur Kuak Lentang punya hal..

Nokuro dii aka Kenapalah?

"Nokuro dii kalau sia mau tidur dengan gaya apa pun...? Gaya bebas ka..kuak lentang ka..kupu2 ka..ko peduli apa? Like my heart la..(suka hati sia la..). Sia mau pakai baju tidur ka..swiming suit ka..tali leher ka..blazer ka..tu hal sia la..rumah sia bah bukan rumah ko!" Mungkin ini la yang kita cakap kat kawan kita kalau ada kawan2 kita yang busy body tentang hal peribadi terutama cara kita tidur.....

Jadi..c RUNSAB pun tergerak hati la mau bagi opinion terhadap kes hangat Wakil Rakyat PKR Selangor tu.. Bagi RUNSAB la..perkara begini sudah kira mencabuli hak asasi sebagai seorang rakyat malaysia dan dari segi undang2 mereka yang menyebarkan gambar tu boleh didakwa kerana menyebarkan gambar peribadi kepada umum tanpa kebenaran.. Yela,walaupun dia sengaja ambil ka..terambil ka..tapi gambar tu masih hak peribadinya..so kalau orang dah sebar,tu dah dikira satu ugutan dan berniat menjatuhkan maruah orang....salah disisi UU juga..

Satu lagi..c RUNSAB jadi hairan juga, kenapalah..kalau YB tu nak tidur macamana gaya sekali pun? ada masalah ka? rasanya kita semua tak sedar apa gaya kita guna bila dah khusyuk tidur ye tak? silap haribulan mungkin ada yang tidur siap pasang kuda-kuda lagi..Emm baju pun kena komen?? jadi mau pakai baju apa time tidur? ala..takkan semua YB kat Malaysia ni tidur pakai necktie, kot atau baju kurung? dan tidur macam mayat (tidur sopan la..) ye ke? kalau c RUNSAB tidur tak usah cakapla..kalau cuaca panas..hah tidur pakai 'pistak' je..gaya macam biasala..kuak lentang..hehe..

RUNSAB mengakui la..sebagai Wakil Rakyat, dorang ni terpaksa menjadi role model kepada rakyat. Segala gerak geri, percakapan, perlakuan malahan keluarga menjadi perhatian para paparazi yang sentiasa dahagakan isu2 menarik dari mereka..so, silap sikit je terus masuk berita, news, majalah dan bla...bla... Seolah-olah mereka ni macam banduan pula, sentiasa diawasi but...that is the reality.. Dorang sebenarnya penat..dahla sehari suntuk berkerja, ni bila balik rumah pun tak senang..tidur, makan, mandi kalau boleh semua nak kena rakam atau catat dek wartawan.. Dorang pun nak juga privacy sikitkan?...ala macam kita jugala..Ada ke anatar kita yang suka kalau nak ke tandas pun ada orang nak ikut? sott!!....

Apapun..terpulang kepada individu untuk menilai..tepukla dada tanya selera.. Janganlah kita hanya tahu mencari kesalahan orang lain..mentang2la kita tak suka dia, kita cari kesalahan nak jatuhkan.. Kita di Malaysia hidup dalam pelbagai kaum,bangsa dan agama..jadi kita perlu ada rasa hormat-menghormati dan toleransi...tak kirala dia Yb, datuk, Dr, Penguam, K.Kg, JKKK, pakcik,nenek..apa2 la.. baru la...selamat didunia dan akhirat..ye tak?

Kepada yang sibuk je...jaga tepi kain orang tu..(yg baik hati sebar2 gambar tu). RUNSAB ucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya lain..carila kerja yang lebih berfeadah dan membawa berkat. Kepada yang menjadi mangsa..sabarla dan banyakkan berdoa...rasanya bukan seorang dua yang pernah menjadi mangsa gambar ni,banyak...emm macam Datuk Siti, Maya Karin, Zarina Zainudin, Erra dan bla..bal..semua pernah kena..tapi tak pula disuruh letak jawatan artis.. so hanya jauhari mengenal manikam..


SHALLOMM.....

Thursday, February 12, 2009

Nokuro mah...?



Pelik Bin Ganjil: Remaja gothic di negara kita





Nokuro mah
@kenapalah....anak muda @ pelajar zaman sekarang ramai sangat yang suka ikut atau tiru trend yang dorang gelar budaya gothic,punk,skinhead,emo,skaters,rokers dan bla..bla...? Dorang ni semacam dah jadikan benda satu tabu atau budaya yang buli dorang jadikan panduan hidup...sesat tu!!

Budak gothic kat Malaysia ni senang ja nak cam...mereka ni suka menggunakan celak warna hitam pada mata dan mewarnakan kuku mereka menggunakan cat hitam. ni yang basic la..kemudian pakaian pula yang pelik2 macam kat gambar di atas tu...ada unsur kegelapan la..

emo..;"Rusak!! Sanggupkah kita melihat generasi muda kita berkelakuan seperti ini?
Pada dasarnya budaya ni dah lama wujud khasnya di barat...tapi nampaknya budaya ni telah mula menular dan merebak ke dalam budaya timur kita yang dahulunya penuh dengan adab sopan dan moral yang tinggi..kini budaya ketimuran yang kita banggakan telah dicemari dengan budaya2 yang berunsurkan ajaran syaitan@iblis ini. Kenapa saya katakan begitu? kita tengok dan baca sejarah kewujudan budaya gothic ini dahulu. Saya pilih budaya ini kerana ia sangat popular dikalangan anak muda zaman sekarang terutama dari segi fesyen pakaian dan penampilan diri...tidak kurang hebatnya pula dengan trend 'budak emo' ni..sama ja 2X5...walaupun dua geng ni tidak suka disamakan..kununnya dorang ni berlainan prinsip..yala tu...





Awas!! simbol Syaitan : Sign of SATANIC

Awas...gothic ada kaitannya dengan simbol yang tertera kat atas tu...tahukah anda simbol tu apa? hah kalu berani sila layari laman ni..tapi dinasihatkan agar anda sembahyang lu la... http://www.satanicchurch.com/

BAIKNYA?
Pada dasarnya budaya ni bukan la jahat dan teruk sangat...cuma pengikutnya sahaja yang telah memanipulasi objektif asal pelopor atau pengasas budaya ni..sebagai contoh pada zaman pertengahan di eropah pengaruh gothic memainkan peranan besar dari segi architecture bangunannya..

salah satu contoh bangunan di Perancis yg berunsurkan pengaruh gothic

Gothic pada mula digunakan oleh pengasasnya untuk tempat dia mengekspersi dirinya melalui cara pemakaian dan penampilan yang banyak menggunakan unsur warna gelap atau hitam..yang kununnya hidupnya kat dunia ni kosong dan tak bererti lalu dia pun menciptala budaya ni..ia juga dipengaruhi oleh unsur muzik sama seperti blackmetal dan underground..tapi gothic lebih kepada muzik slow sebab dia mahu dunia tahu bahawa jiwanya kosong dan tak punya apa2..macam jiwa blues la juga, orang bilang jiwang atau jiwa-jiwa...so, kalu nak dengar muzik gothic buli la search kat mana2 engine seperti goole,yahoo etc..taip je muzik gothic..keluar la tu..tapi jangan la pula sampai terpengaruh..

So, ia tidaklah berniat jahat pada mulanya...just nak luahkan perasaannya yang gelap..kosong dan tiada hala tuju..but akhirnya ia dipengaruhi oleh kuasa jahat aka syaitan@iblis lalu bertukar menjadi budaya yang menggerunkan...

BURUKNYA?
Tak baiknya gothic yang diamalkan di negara kita ni...ia mengamalkan atau menghalalkan perbuatan yang tegah oleh ajaran agama..tak kira apa agama pun.Okla..kita tengok saja cara pemakaian sudah menjurus kearah negatif..dengan lelakinya memakai celak dan gincu,pakaian pula macam nak menghadiri majlis pengebumian saja ditambah pula dengan aksesoriya yang pelik2..ini bukan cara berpakaian orang kita. Kalau nak tengok budak gothic..buli la jalan2 kat supermarket,pasaraya atau taman bunga setiap hujung minggu atau kalau kat Sabah ni, p ja kat Center Point..banyak budak gothic,emo,punk dan yang sewaktu dengan melepak kat situ..

Paling teruk lagi...pengikut gothic ni mengamalkan seks bebas sesama ahlinya..Hancur bah!!! Mengikut satu pengakuan budak gothic ni sendiri...mereka akan adakan perjumpaan setiap minggu dan menjalankan aktiviti ini ditempat tertentu seperti lorong gelap, belakang bangunan atau bangunan terbiar. Lebih dasyat lagi,kebanyakan pengikutnya adalah golongan remaja 13 tahun hingga 25 tahun. Seorang bekas pengikut gothic pula mendedahklan bahawa mereka akan mengadakan pesta seks ni dibawah pengaruh dadah dan alkohol manakala mereka akan bertukar pasangan tanpa mengira budak tu makwe atau pakwe..so thats mean suka sama suka la..tidak perlu berebut...haiya...rusakkkk...ooo
Tapi saya masih bersyukur kerana pengikut gothic di Sabah belum sampai ke tahap tu...tapi tidak dinafikan ada yang mengamalkan. Hah..tapi kalu kat kota besar macam KL..ya..budak gothic mengamalkannya. Semoga Tuhan memberi jalan yang terang kepada mereka ni...

Kalau saya cerita panjang lebar pun tak guna juga kan..lebih baik kita sendiri baca kat laman web..banyak yg memperkataknnya..saya saja nak kitaorang nilai baik buruknya,memandangkan ia semakin diminati nak digilai remaja kita..terutama saya punya bangsa ni..KDM...insafla...

Bak kata Nabil Raja Lawak 'Lu pikirla sendiri...!!!'






Tuesday, February 3, 2009

Nokuro@kenapa aka why?

"Oyoh..jangan kamu main2 sana puyut...lisin etu nanti kamu kosumpak!"


Inilah antara ayat2 popular yang sering kita dengar diucapkan oleh orang tua kepada anak mereka. Wajarkah penggunaan bahasa ibunda kita dicampur adukkan dengan bahasa melayu atau inggeris? Apa pendapat anda?

Saya masih ingat lagi semasa saya masih kecil..ibubapa tak pernah ajar sepatah perkataan pun Bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Inggeris. Hakikatnya orang tua saya memang tidak fasih berbahasa melayu..jadi macamana nak ajar kan? Tambahan pula saya tinggal dengan nenek..maka bertambah fasih dan expertla saya dalam bahasa ibunda..tapi bahasa melayu? haram taktau apa pun...

Tapi zaman sekarang,kanak2 beruntung kerana ibubapa rasanya semua tahu berbahasa melayu dan inggeris. Tapi...nokuro @ kenapa buli berlaku bahasa rojak seperti ini?? Saya ingin menarik perhatian semua yang ada di luar sana untuk bagi pendapat.. Wajarkah bahasa rojak diajar kepada anak2 sebagai bahasa dirumah? atau terus menggunakan bahasa ibunda? atau gunakan bahasa melayu baku?

Jika kita galakkan masyarakat menggunakan bahasa melayu baku untuk bahasa pengantara dirumah..rasanya lahirlah generasi KDM yang tidak tahu bahasa sendiri..nokuro? sebab bila anak2 tidak dilatih bahasa ibunda dirumah,diluar rumah lagilah tak terlatih..Manakala bahasa melayu adalah bahasa pengantar disekolah dan bahasa rasmi...jadi semestinya takpayah diajar pun boleh pandai dengan sendiri...maka..lesap la bahasa KDM di dunia ni......