Thursday, March 26, 2009

Comel dan menawan: Rekaan telefon masakini yang lebih canggih dan 'multifunction'

WAJARKAH MURID@ PELAJAR PAKAI HANDPHONE?
Pada 17 Mac 2009, Jawatankuasa Induk Menengani Gejala Disiplin telah mengadakan mesyuarat untuk menguatkuasakan sepenuhnya larangan murid membawa ‘handphone’ ke sekolah. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Kah Siong telah menegaskan dalam mensyuarat tersebut bahawa banyak isu dan gejala negatif yang berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada penggunaan ‘handphone’ di sekolah. Justeru, beliau menegaskan bahawa larangan penggunaan ‘handphone’ di sekolah perlu dikuatkuasakan serta merta.

Sebelum ini, negara kita dikejutkan dengan pengumuman kontroversi Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon yang membenarkan penggunaan telefon bimbit oleh murid di sekolah. Namun, belum sempat pekeliling berhubung perkara itu sampai ke peringkat sekolah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil keputusan menarik balik kebenarannya. Walaubagaimanapun, seperti yang kita lihat, pengunaan ‘handphone’ di sekolah terus berleluasa walaupun sesetengah sekolah mengharamkannya namun kebanyakan guru terpaksa ‘menutup sebelah mata’ kerana tiada arahan yang jelas mengenainya.

Masalah
Sejak akhir-akhir ini kita selalu mendengar, melihat atau membaca mengenai kes buli, peras ugut malah banyak lagi masalah disiplin di sekolah yang berpunca daripada penggunaan ‘handphone’. Sebagai contoh, kes yang berlaku di Sarawak yang melibatkan beberapa pelajar asrama membelasah rakan mereka kerana disyaki mencuri telefon bimbit pelajar lain. Saya percaya banyak lagi kes-kes sama yang berlaku namun tidak mendapat liputan media. Penggunaan ‘handphone’ canggih berkamera video turut mengundang banyak masalah melibatkan pelajar negara kita..mudah saja, kita search saja dalam youtube@metacafe (taip ‘pelajar melampau’ sebagai cth) segala aktiviti negatif atau penyalahgunaan ‘handphone’(hp) ini akan terpapar. Tambahan pula, pelajar zaman sekarang bijak dalam aplikasi upload dan download ‘benda-benda’ ini.

Selain rakaman video, penyebaran maklumat berunsur jenayah, peras ugut dan lucah turut berlaku. Kita sedia maklum bahawa kebanyakkan HP sekarang menawarkan fungsi yang menarik seperti bluetooth,infrared,mp3player,videoplayer,wifi dan banyak lagi. Semua fungsi ini bertindak sebagai medium perantara yang membolehkan murid@pelajar saling berkongsi maklumat negatif dan ‘benda-benda’ lucah. Terdapat juga kes di mana pelajar merakam aksi rakan sendiri semasa dalam tandas dan menyebarkan rakaman tersebut kepada semua rakan dalam sekolah lalu menyebabkan murid terbabit malu dan rasa tertekan dengan ejekan rakan sekolah. Video rakaman tersebut juga boleh digunakan untuk memeras ugut pelajar lain untuk mendapatkan wang dan sebagainya.

Masalah lain yang mungkin timbul akibat penyalahgunaan HP ini ialah pelajar lalai dan tidak memberikan tumpuan penuh terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dalam kelas. Pelajar akan asyik melayan mesej sms rakan, main ‘game’ atau jika sekolah mempunyai kemudahan wifi mungkin pelajar lebih gemar melayari internet daripada mengikuti p@p dalam kelas. Ini menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pembelajaran seterusnya pencapaian akan merosot. Apabila ini berlaku, ibubapa pula akan menyalahkan pihak sekolah kerana gagal mengajar anak mereka..walhal anak mereka lalai akibat ‘dimanjakan’ dengan material ini.

Walaupun buat masa ini, harga HP dalam pasaran murah dan boleh dibeli dengan mudah. Namun ia tetap satu pembaziran dan merupakan perbelanjaan tersembunyi atau tanpa sedar. Ini kerana, penggunaan HP memerlukan ‘reload’ dan ia tidak akan bererti tanpa ‘reload’. Jika anak kita kerap menggunakan HP sudah semestinya akan memerlukan perbelanjaan lebih. Jadi, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membeli buku atau keperluan sekolah yang lebih berfaedah. Ada sesetengah pelajar di sekolah tidak mempunyai buku latihan atau buku kerja kerana tiada wang untuk membeli, padahal wang yang diberikan oleh ibubapa telah digunakan untuk membeli ‘reload’ HPnya. Dalam kes ini, siapa yang harus dipersalahkan murid atau ibubapa?

Tugas guru pula semakin rumit dan bertambah kerana terpaksa memantau penggunaan HP di kalagan pelajar. Guru Besar bersama PK pula mungkin terpaksa membuat satu garis panduan penggunaan HP di sekolah sekiranya penggunaan HP di luluskan. Masalah mungkin timbul sekirannya berlaku kes rampasan HP oleh guru akibat penyalahgunaan, pelajar akan berdendam dan mungkin akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan seperti merosakkan kereta guru, mengugut dan mungkin membelasah guru terbabit.

Kebaikan
Namun dalam kita memperkatakan tentang keburukan atau masalah penggunaan HP di sekolah, terdapat juga faedah atau kebaikannya. Antara manfaatnya ialah, memudahkan pelajar menghubungi ahli keluarga jika berlaku kecemasan atau masalah di sekolah. Guru tidak perlu bersusah payah untuk mencari ahli keluarga pelajar sebalik hanya dengan satu gerakan jari sudah boleh menghubungi pihak berkenaan.

“Handphone’ juga boleh dijadikan media pembelajaran yang menarik kerana ia bersifat interaktif dan berunsur ICT yang mana penggunaan dan aplikasi ini digalakkan dalam P@P sekolah. Sekiranya kumpulan pelajar mempunyai masalah menyelesaikan suatu bidang subjek, mereka boleh menggunakan kemudahan HP untuk mendapatkan bantuan guru tuisyen mereka, ahli keluarga, atau rakan dari kelas dan sekolah lain. Ini bukan sahaja menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif malah menjadikan P@P lebih berkesan dan bermakna. Guru pula lebih kepada peranan pembimbing dan penunjuk cara manakala p&p lebih berpusatkan murid. Pendek kata, memudahkan guru dan memanfaatkan murid.

Pelajar boleh menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan generasi yang celik ICT menjelang wawasan 2020. Justeru, ini adalah langkah awal untuk melahirkan generasi yang berjiwa dan pakar dalam bidang ICT. Dengan kemajuan fungsi HP masa kini, pelajar tidak terbatas kepada penggunaan sms atau memanggil/menerima panggilan sahaja. Melalui HP pelajar boleh menulis nota, menyusun atur jadual waktu sekolah,belajar dan aktiviti harian dengan lebih sistematik. Dahulu kita gunakan kertas dan tampal di dinding billik tapi jangkauan teknologi telah mengubah segalanya. HP jenis i-pod kini boleh menjadi pilihan pelajar yang aktif untuk menyusun atur jadual harian.

Rumusan
Walauapapun pandangan atau pendapat yang kita utarakan, kita perlu kembali kepada pangkal atau akar situasi ini jika kita benar-benar telus dan berniat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Kita tidak boleh memperkatakan keburukan sahaja atau kebaikan sahaja. Kita perlu mendengar pandangan semua pihak sama ada yang ‘pro’ atau ‘kontra’.

Walaubagaimanapun demi anak bangsa kita, kita terpaksa memilih keputusan yang terbaik. Orang ‘bilang’, dalam kita ingin mendapatkan sesuatu yang terbaik dan membawa kepada kebaikan atau kebahagiaan kita terpaksa melepaskan atau mengorbankan sesuatu yang kita anggap terbaik dan juga membahagiakan. Jika kita gunakan konsep ekonomi, sekiranya kita pilih keburukan maka kebaikan menjadi ‘kos lepas’ dan terpaksa kita lepaskan untuk mendapatkan faedah daripada keburukan. Lebih jelas lagi.. seandainya jika kita mengambil kira keburukan penggunaan HP ini, larangan penggunaan perlu dilaksanakan. Namun jika kita mengambil kira kebaikan pula, pihak berwajib perlu melaksanakan satu garis panduan yang bersepadu bagi memastikan penggunaan HP di sekolah terkawal.

Kepada semua warga pendidik, ibubapa, abang, kakak, makcik, pakcik, datuk, nenek, adik-adik dan semua yang perihatin, kita fikirkan bersama perlukah pelajar memakai handphone ke sekolah?
Telefon bimbit yang canggih dalam pasaran

Thursday, March 12, 2009

Macamana mau limpas?



10hb Mac 2009. Jalan masuk Sk Kironggu, Telupid. Si runsab sempat mengambil photo jalan yang teruk(sebahagian saja) menuju ke salah sebuah sekolah luar bandar di daerah Telupid. Jalan ini adalah jalan utama yang menghubungkan Kg Kironggu dan Kg Simpang entilibon.

Jalan ini rosak akibat hujan yang berlarutan pada awal tahun ini menyebabkan tanah yang menutupi beberapa batang kayu balak sebagai titian menjadi lembut lalu jatuh ke dasar sungai. Apa yang merisaukan ialah, jalan ini merupakan satu2nya jalan yg menghubungkan kg ini ke pekan telupid dan Sk kironggu juga teletak di kg ini. Justeru, jika jalan ini rosak ia akan menyukarkan guru2 yang mengajar di sk kironggu untuk melakukan urusan kerja. Selain itu, hail pertanian orang kampung seperti getah dan sawit juga tidak dapat dipasarkan. Ini akan membantutkan sumber ekonomi orang kampung memandangkan ia hasil utama penduduk kg ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru agar pihak yang bertanggungjawab segera tampil menyelesaikan masalah ini. Kasihanilah guru2 yang berulang alik dari kg simpang entilibon ke sk kironggu, begitu juga dengan guru2 yang setiap minggu terpaksa keluar untuk menghadiri kelas PJJ dan seterusnya memudahkan urusan harian penduduk kampung. Ini penting bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Seperti kata pepatah.."sediakan payung sebelum hujan" kerana malang tidak berbau.

Monday, March 2, 2009

Artis Bili-Bili Do....di Ranau


Pada 21 Februari 2009 bersamaan hari Jumaat, c runsab bertuah sangat dapat bertemu dan bersua muka secara live dengan pelawak2 terkenal Sabah.. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak telemovie 'Bili-Bili Do' ni..

Nah! jadi ambil kesempatan la c runsab ni bergambar ma dorang..hehe...




Nah...nila muka pelakon/pelawak/penyanyi tempatan yang berbakat besar. Rasanya dorang ni setanding dengan pelakon/pelawak tanahair lain seperti Saiful Apek, Yasin senario, Nabil malah pelawak tersohor seperti AR Badul, Zaibo, Accapan dan ramai lagi..tapi jangan la kita samakan pula dengan lagenda tanahair( Tan sri P.Ramlee).
Apapun, c runsab memang minat sangat dengan semua lakonan lawak jenaka dorang ni, memang real la dorang ni...

Rusab sebenarnya kebetulan mempunyai urusan di CimbBank kat Ranau dan dorang ni sedang mempromosikan beberapa cd terbaru daripada penyanyi Felix Don tapi malangnya semua cd2 telah habis terjual...

Walaumacamanapun runsab ucapkan selamat maju jaya kepada mereka ni dan teruskan berkarya seni selagi nyawa dikandung badan..haha atukoi...