Thursday, March 26, 2009

Comel dan menawan: Rekaan telefon masakini yang lebih canggih dan 'multifunction'

WAJARKAH MURID@ PELAJAR PAKAI HANDPHONE?
Pada 17 Mac 2009, Jawatankuasa Induk Menengani Gejala Disiplin telah mengadakan mesyuarat untuk menguatkuasakan sepenuhnya larangan murid membawa ‘handphone’ ke sekolah. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Kah Siong telah menegaskan dalam mensyuarat tersebut bahawa banyak isu dan gejala negatif yang berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada penggunaan ‘handphone’ di sekolah. Justeru, beliau menegaskan bahawa larangan penggunaan ‘handphone’ di sekolah perlu dikuatkuasakan serta merta.

Sebelum ini, negara kita dikejutkan dengan pengumuman kontroversi Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon yang membenarkan penggunaan telefon bimbit oleh murid di sekolah. Namun, belum sempat pekeliling berhubung perkara itu sampai ke peringkat sekolah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil keputusan menarik balik kebenarannya. Walaubagaimanapun, seperti yang kita lihat, pengunaan ‘handphone’ di sekolah terus berleluasa walaupun sesetengah sekolah mengharamkannya namun kebanyakan guru terpaksa ‘menutup sebelah mata’ kerana tiada arahan yang jelas mengenainya.

Masalah
Sejak akhir-akhir ini kita selalu mendengar, melihat atau membaca mengenai kes buli, peras ugut malah banyak lagi masalah disiplin di sekolah yang berpunca daripada penggunaan ‘handphone’. Sebagai contoh, kes yang berlaku di Sarawak yang melibatkan beberapa pelajar asrama membelasah rakan mereka kerana disyaki mencuri telefon bimbit pelajar lain. Saya percaya banyak lagi kes-kes sama yang berlaku namun tidak mendapat liputan media. Penggunaan ‘handphone’ canggih berkamera video turut mengundang banyak masalah melibatkan pelajar negara kita..mudah saja, kita search saja dalam youtube@metacafe (taip ‘pelajar melampau’ sebagai cth) segala aktiviti negatif atau penyalahgunaan ‘handphone’(hp) ini akan terpapar. Tambahan pula, pelajar zaman sekarang bijak dalam aplikasi upload dan download ‘benda-benda’ ini.

Selain rakaman video, penyebaran maklumat berunsur jenayah, peras ugut dan lucah turut berlaku. Kita sedia maklum bahawa kebanyakkan HP sekarang menawarkan fungsi yang menarik seperti bluetooth,infrared,mp3player,videoplayer,wifi dan banyak lagi. Semua fungsi ini bertindak sebagai medium perantara yang membolehkan murid@pelajar saling berkongsi maklumat negatif dan ‘benda-benda’ lucah. Terdapat juga kes di mana pelajar merakam aksi rakan sendiri semasa dalam tandas dan menyebarkan rakaman tersebut kepada semua rakan dalam sekolah lalu menyebabkan murid terbabit malu dan rasa tertekan dengan ejekan rakan sekolah. Video rakaman tersebut juga boleh digunakan untuk memeras ugut pelajar lain untuk mendapatkan wang dan sebagainya.

Masalah lain yang mungkin timbul akibat penyalahgunaan HP ini ialah pelajar lalai dan tidak memberikan tumpuan penuh terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dalam kelas. Pelajar akan asyik melayan mesej sms rakan, main ‘game’ atau jika sekolah mempunyai kemudahan wifi mungkin pelajar lebih gemar melayari internet daripada mengikuti p@p dalam kelas. Ini menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pembelajaran seterusnya pencapaian akan merosot. Apabila ini berlaku, ibubapa pula akan menyalahkan pihak sekolah kerana gagal mengajar anak mereka..walhal anak mereka lalai akibat ‘dimanjakan’ dengan material ini.

Walaupun buat masa ini, harga HP dalam pasaran murah dan boleh dibeli dengan mudah. Namun ia tetap satu pembaziran dan merupakan perbelanjaan tersembunyi atau tanpa sedar. Ini kerana, penggunaan HP memerlukan ‘reload’ dan ia tidak akan bererti tanpa ‘reload’. Jika anak kita kerap menggunakan HP sudah semestinya akan memerlukan perbelanjaan lebih. Jadi, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membeli buku atau keperluan sekolah yang lebih berfaedah. Ada sesetengah pelajar di sekolah tidak mempunyai buku latihan atau buku kerja kerana tiada wang untuk membeli, padahal wang yang diberikan oleh ibubapa telah digunakan untuk membeli ‘reload’ HPnya. Dalam kes ini, siapa yang harus dipersalahkan murid atau ibubapa?

Tugas guru pula semakin rumit dan bertambah kerana terpaksa memantau penggunaan HP di kalagan pelajar. Guru Besar bersama PK pula mungkin terpaksa membuat satu garis panduan penggunaan HP di sekolah sekiranya penggunaan HP di luluskan. Masalah mungkin timbul sekirannya berlaku kes rampasan HP oleh guru akibat penyalahgunaan, pelajar akan berdendam dan mungkin akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan seperti merosakkan kereta guru, mengugut dan mungkin membelasah guru terbabit.

Kebaikan
Namun dalam kita memperkatakan tentang keburukan atau masalah penggunaan HP di sekolah, terdapat juga faedah atau kebaikannya. Antara manfaatnya ialah, memudahkan pelajar menghubungi ahli keluarga jika berlaku kecemasan atau masalah di sekolah. Guru tidak perlu bersusah payah untuk mencari ahli keluarga pelajar sebalik hanya dengan satu gerakan jari sudah boleh menghubungi pihak berkenaan.

“Handphone’ juga boleh dijadikan media pembelajaran yang menarik kerana ia bersifat interaktif dan berunsur ICT yang mana penggunaan dan aplikasi ini digalakkan dalam P@P sekolah. Sekiranya kumpulan pelajar mempunyai masalah menyelesaikan suatu bidang subjek, mereka boleh menggunakan kemudahan HP untuk mendapatkan bantuan guru tuisyen mereka, ahli keluarga, atau rakan dari kelas dan sekolah lain. Ini bukan sahaja menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif malah menjadikan P@P lebih berkesan dan bermakna. Guru pula lebih kepada peranan pembimbing dan penunjuk cara manakala p&p lebih berpusatkan murid. Pendek kata, memudahkan guru dan memanfaatkan murid.

Pelajar boleh menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan generasi yang celik ICT menjelang wawasan 2020. Justeru, ini adalah langkah awal untuk melahirkan generasi yang berjiwa dan pakar dalam bidang ICT. Dengan kemajuan fungsi HP masa kini, pelajar tidak terbatas kepada penggunaan sms atau memanggil/menerima panggilan sahaja. Melalui HP pelajar boleh menulis nota, menyusun atur jadual waktu sekolah,belajar dan aktiviti harian dengan lebih sistematik. Dahulu kita gunakan kertas dan tampal di dinding billik tapi jangkauan teknologi telah mengubah segalanya. HP jenis i-pod kini boleh menjadi pilihan pelajar yang aktif untuk menyusun atur jadual harian.

Rumusan
Walauapapun pandangan atau pendapat yang kita utarakan, kita perlu kembali kepada pangkal atau akar situasi ini jika kita benar-benar telus dan berniat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Kita tidak boleh memperkatakan keburukan sahaja atau kebaikan sahaja. Kita perlu mendengar pandangan semua pihak sama ada yang ‘pro’ atau ‘kontra’.

Walaubagaimanapun demi anak bangsa kita, kita terpaksa memilih keputusan yang terbaik. Orang ‘bilang’, dalam kita ingin mendapatkan sesuatu yang terbaik dan membawa kepada kebaikan atau kebahagiaan kita terpaksa melepaskan atau mengorbankan sesuatu yang kita anggap terbaik dan juga membahagiakan. Jika kita gunakan konsep ekonomi, sekiranya kita pilih keburukan maka kebaikan menjadi ‘kos lepas’ dan terpaksa kita lepaskan untuk mendapatkan faedah daripada keburukan. Lebih jelas lagi.. seandainya jika kita mengambil kira keburukan penggunaan HP ini, larangan penggunaan perlu dilaksanakan. Namun jika kita mengambil kira kebaikan pula, pihak berwajib perlu melaksanakan satu garis panduan yang bersepadu bagi memastikan penggunaan HP di sekolah terkawal.

Kepada semua warga pendidik, ibubapa, abang, kakak, makcik, pakcik, datuk, nenek, adik-adik dan semua yang perihatin, kita fikirkan bersama perlukah pelajar memakai handphone ke sekolah?
Telefon bimbit yang canggih dalam pasaran

1 comment:

  1. Saya kira penggunaan HP dalam kalangan murid sekolah tidak ada salahnya jika penggunaannya dibuat pada waktu, keadaan dan keperluan yang sesuai seperti yang diutarakan oleh JMYPATRICK.

    Namun dalam banyak-banyak alasan yang mungkin boleh diambil kira untuk "menghalalkan" penggunaan HP ini, tidak kesemuanya boleh dijadikan sebagai alasan yang konkrit. Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukannya, 90% atau lebih barangkali lebih menjurus kepada klaimaks yang negatif.

    "HP untuk waktu kecemasan..."
    Alasan ini logik, tetapi tidak dapat diterima. Mengapa? Kerana tanggungjawab menjaga hal ehwal murid adalah tanggungjawab sekolah sepenuhnya(HEM), selagi murid itu berada di kawasan sekolah, ataupun di luar kawasan sekolah atas kebenaran dan perakuan pihak sekolah. Oleh itu, segala permasalahan murid hendaklah cuba diselesaikan terlebih dahulu oleh pihak sekolah sebelum menghubungi pihak ibu bapa.Ini dapat mengelakkan kejadian-kejadian negatif yang tertentu daripada berlaku tanpa disedari oleh pihak sekolah.

    Bayangkan jika seorang murid yang membawa HP ke sekolah ini terlibat dengan salah faham mahupun pergaduhan dengan murid lain. HP yang ada di tangannya bukanlah digunakan untuk menghubungi ibu/bapa, sebaliknya digunakan untuk menghubungi "gengster" yang dianggotainya di luar sana. Akhirnya akan membawa bahana yang lebih tragis lagi. Ini bukanlah bayangan semata-mata, kerana umum tahu bahawa saban tahun ada sahaja laporan akhbar-akhbar mengenai kes gaduh melibatkan murid sekolah dengan campurtangan pihak luar, khasnya kumpulan-kumpulan samseng. Kesannya ?Bukan setakat cedera parah.... MAMPUS pun ada!

    Itulah antara sebabnya mengapa kerajaan berusaha melengkapkan setiap sekolah dengan prasarana seperti kemudahan telekomunikasi seperti telefon, bilik sakit/rehat, unit kesihatan dan banyak lagi.Difahamkan bahawa ada sesetengah sekolah khasnya yang terletak di kawasan bandar menyediakan kemudahan pusat rawatan khasnya sendiri bagi kes-kes masalah kesihatan yang ringan.

    ReplyDelete