Thursday, March 12, 2009

Macamana mau limpas?



10hb Mac 2009. Jalan masuk Sk Kironggu, Telupid. Si runsab sempat mengambil photo jalan yang teruk(sebahagian saja) menuju ke salah sebuah sekolah luar bandar di daerah Telupid. Jalan ini adalah jalan utama yang menghubungkan Kg Kironggu dan Kg Simpang entilibon.

Jalan ini rosak akibat hujan yang berlarutan pada awal tahun ini menyebabkan tanah yang menutupi beberapa batang kayu balak sebagai titian menjadi lembut lalu jatuh ke dasar sungai. Apa yang merisaukan ialah, jalan ini merupakan satu2nya jalan yg menghubungkan kg ini ke pekan telupid dan Sk kironggu juga teletak di kg ini. Justeru, jika jalan ini rosak ia akan menyukarkan guru2 yang mengajar di sk kironggu untuk melakukan urusan kerja. Selain itu, hail pertanian orang kampung seperti getah dan sawit juga tidak dapat dipasarkan. Ini akan membantutkan sumber ekonomi orang kampung memandangkan ia hasil utama penduduk kg ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru agar pihak yang bertanggungjawab segera tampil menyelesaikan masalah ini. Kasihanilah guru2 yang berulang alik dari kg simpang entilibon ke sk kironggu, begitu juga dengan guru2 yang setiap minggu terpaksa keluar untuk menghadiri kelas PJJ dan seterusnya memudahkan urusan harian penduduk kampung. Ini penting bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Seperti kata pepatah.."sediakan payung sebelum hujan" kerana malang tidak berbau.

1 comment:

  1. Kata TPM - DS Najib Tun Razak, peruntukan sebanyak 7 billion yang diperuntukan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi kedua baru-baru ini. Dalam agihan-agihan peruntukan ini, sepatutnya ada jaminan kerajaan untuk mengatasi masalah seumpama ini...

    **RM500 juta untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

    Inilah masanya (sepatutnya...)wakil-wakil rakyat yang mewakili rakyat di daerah berkenaan mengambil jalan penyelesaian secara berhemah terhadap permasalahan seumpama ini. Kenalah cepat dan bersungguh-sungguh sementara peruntukan dan keutamaan dijamin dalam bajet kerajaan.

    Jika masalah seumpama ini gagal diselesaikan dengan bijak oleh wakil rakyat di daerah berkenaan, bermakna mereka ini TELAH GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB mereka... dan PATUT TIDAK DIUNDI LAGI DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG !

    ReplyDelete