Saturday, May 23, 2009

RON92, RON95 OR RON97?

Alternatif penjimatan minyak atau penjimatan wang?

RON95 RON92 RON97
Kerajaan telah memperkenalkan RON95 sebagai alternatif kepada minyak petrol RON97 yang sedia ada di negara kita. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sabri Yaakob telah mengesahkan perkara ini pada 12 Mei lalu dan akan menguatkuasakan penjualan ke seluruh negara pada 1 september ini.
Jimat dan Berkualiti?
Ketika ini, dua gred petrol iaitu RON92 dan RON97 dijual di stesen minyak tetapi lebih 80% pemilik kenderaan memilih menggunakan RON97 kerana RON92 didakwa kurang sesuai untuk kereta kerana mengandungi kandungan plumbum yang tinggi walapun ianya dijual lebih mahal RM1.80 berbanding RM1.70 bagi RON92.

RON95 mempunyai kualiti piawaian yang telah ditetapkan dan sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan di nagara kita dan ianya dijual lebih murah (RM1.75) seliter. Jadi, rasanya ia akan sedikit mengurangkan beban rakyat dari segi harga pasaran. Walaubagaimana pun, rakyat pasti meragui samada minyak ini benar2 berkualiti seperti yang dinyatakan? adakah ianya benar2 boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan? Yela..mana tau selepas menggunakan minyak ini..semakin kaya pula pengusaha bengkel kerana ramai yang servis 'karburator' atau fuel injection nya.

Apa itu RON?
Tapi ada baiknya kita lihat maksu RON itu sendiri dan kaitannya dengan angka 92,95 atau 97. Bagi negara maju seperti eropah atau Jepun mereka telah pun menggunakan RON99 sebagai minyak kereta tapi bagi kereta yang ada di negara kita khasnya sabah..rasanya masih memadai minyak yang sedia ada.

Ramai yang mengatakan minyak RON92 adalah minyak lama dan hanya sesuai untuk kereta lama atau hanya untuk kereta yang menggunakan karburetor. Ada juga yang mengatakan minyak RON92 akan mengotorkan enjin dan berkuasa berbanding minyak RON97. Sebelum kita semua membuat tanggapan, kita tengok apa maksud sebenar RON.
RON ialah Research Octane Number dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam enjin anda. Ini bermakna rating yang lebih tinggi iaitu 97 lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan manakala RON92 adalah lebih senang untuk dinyalakan oleh enjin kereta.

Minyak yang mempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yang berprestasi tinggi seperti kereta sport atau kerta F1. RON tinggi bertujuan mengelakkan letupan pra matang, bermaksud letupan sebelum nyalaan spark plug (knocking). Knocking ni biasanya berlaku bila compression enjin kita terlalu tinggi, nyalaan spark plug terlalu awal(advance ignition) ataupun campuran angin dan minyak yag terlalu panas. Tapi jangan risau kerana biasanya kebanyakan kereta moden telah dilengkapi dengan Knock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secara automatic akan melambatkan nyalaan spark plug (retard ignition) untuk mengelakkan nyalaan pra matang atau knocking.
Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yang tinggi. Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang (terutama di Sabah ) masih lagi boleh menggunakan minyak RON92. So..amacam? ni yang saya tahu la..kalau salah tolong betulkan...

Pada dasarnya kita masih boleh gunakan RON92 dan berjimat beberapa sen..tapi yang kasihannya pula alam sekitar kita. Mahu tidak mahu..kita terpaksa guna minyak tanpa plumbum(unleaded) iaitu RON95&97.

RON92?
Tapi macam mana pula dengan petani2 dan pekebun yang tinggal di pedalaman? Sekiranya kerajaan memansuhkan penggunaan RON92..tidakkah ia membebankan mereka? Harga minyak RON92 atau lebih dikenali sebagai 'regular'(sesetengah tempat panggil 'no.2') ni lebih rendah dan merupakan alternatif utama untuk mesin2 rumput dalam pertanian dan generator bagi kampung yang tiada bekalan elektrik. Walaupun minyak 'super' yang baru ini boleh digunakan namun faktor harga masih menjadi pertaruhan. Jadi adakah pengenalan minyak ini benar2 mesra rakyat sepenuhnya atau sekadar menguntungkan pihak tertentu? emm..pengusaha minyak pastinya orang yang paling gembira.
Jadi saya harap minyak 'regular' ni masih dijual untuk mereka yang memerlukan.. Saya sendiri masih menggunakan minyak 'no.2' untuk generator apabila berada di pedalaman dan ada beribu2 lagi penduduk yang masih bergantung penuh pada minyak yang harganya berpatutan.

4 comments:

  1. Beguna betul ini info ko ni runsab. Sya pun baru tau maksud sebenar RON ini sekarang. Selama ni yang sia selalu dengar... "hijau"... "merah"... "Diesel"... "Petrol"... "regular"... "unleaded"... dan "gasolin".. serta minyak gas saja... he..he.. kecian kan.

    Apa pun, memang betul kebimbangan ko runsab. Apa akan jadi dengan golongan pengguna terbesar minyak petrol berprestasi rendah dan sederhana kalau pengeluarannya dimansuhkan kerajaan?

    Golongan petani, pekebun, pekerja kontrak pembersihan, pengguna motosikal berkuasa rendah, pengguna kenderaan lama dan ramai lagi... kesian dorang. Orang kerajaan kurang nampak ni... sebab dorang pakai kereta besar... limusin... motor besar... helikopter... jet persendirian... bot persendirian... dan semualah jenis kenderaan yang moden dan advance. Gaji pun besar-besar... elaun sehari sajapun belum tentu habis sebulan. Belum masuk gajinya, ganjarannya, keraiannya, claimnya... dan macam-macam sumber pendapatan lagi. Memanglah dorang inda terasa.

    Kecualilah harga jenis petrol yang baru ini dikawal dan diturunkan ke harga yang mampu dibeli oleh rakyat kelas bawahan... maka rakyat tidak akan bising. Tapi bila pula kerajaan boleh kawal harga minyak? Kan dulu kerajaan kata krisis kenaikan harga minyak ini bukan di bawah kawalan mereka... tetapi bergantung kepada pasaran, permintaan dan pengeluaran minyak antarabangsa. Jadi jangan haraplah dorang dapat kawal.SEDANGKAN HARGA AYAM PUN INDA DAPAT KAWAL... INIKAN PULA MO KAWAL HARGA MINYAK DUNIA... MIMPI SAJA LAH.

    ReplyDelete
  2. Betul tu MS...

    Apabila Ron95 dijual kelak,ron97 akan dinaikkan harga kepada RM2 seliter jadi suda pastinya masyarakat pada umumnya kan beralih arah kepada minyak ron95 yg lebih murah. Tapi masalahnya penduduk mungkin akan rasa sedikit terbeban kerana terpaksa membeli minyak ini sebagai pengganti kepada ron92 yg banyak digunakan sekarang.

    Apapun kita harap agar PM baru dapat merealisasikan motto 'rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan'..jangan hanya indah khabar dari rupa ja..

    ReplyDelete
  3. sebenarnya harga minyak naik cuma kita dikelirukan dengan RON92 dengan RON95.Adakah kah minyak mesra alam atau harga minyak naik?

    ReplyDelete
  4. sya stuju dengan ivy...rakyat mungkin tidak dikelirukan dengan penggunaan istilah yang tidak pernah didengar oleh sesetengah org. Padahal ianya mungkin benda yang sama..minyak tetap minyak..

    Mesra alam? kalau kita teliti secara logik semua minyak adalah mencemarkan alam kerana ia menghasilakn gas karbon monoksida apabila digunakan oleh kenderaan.

    Yang pasti harga minyak tetap naik dan pencemaran tetap meningkat...

    ReplyDelete