Wednesday, May 6, 2009

Spesis Baru Kah Ni?

Cuba Kamu Tengok Ikan Apa Ni?
Masa saya ambil kereta yang saya minta cat tempoh hari, bos 'fiber' panggil saya dan tunjukkan saya sesuatau yang saya tak pernah nampak...

Bentuk kepala ikan aneh..



Badan spesis ikan ni..berbentuk panjang tapi keras. Rasa macam badan kuda laut tapi ni panjang, kuda laut pula melengkung.





Tapi yang peliknya,spesis ni hidup dikawasan air tawar. Ia terperangkap dalam pukat bos 'fiber' tu..

Tapi kalau mau pelihara ikan ni..kena fikir 2 3 kli la sebab kita tak tau lagi ia makan apa dan keadaan air yang sesuai untuk spesis ikan ni.

Apapun kita bersyukur kepada Tuhan kerana dalam era globalisasi dunia yang menyebabkan kemandirian spesis makin terancam, masih ada spesis 'baru' atau mungkin telah lama tapi baru kita temui..

2 comments:

  1. Dalam dunia ni ada ribuan spesis Flora dan Fauna yang telah direkodkan... namun masih ada jutaan spesis lagi yang menunggu untuk diterokai dan dikenalpasti oleh manusia... ikan ini mungkin satu daripadanya.

    Malangnya dalam jutaan spesis baru yang dimaksudkan ini, ratusan ataupun ribuan daripadanya sempat pupus dan hilang begitu sahaja... sebelum sempat dikenali oleh manusia. Semuanya kerana diakibatkan oleh kerakusan, kesilapan dan kealpaan manusia sendiri... hu..hu..hu..

    ReplyDelete
  2. Ya..betul tu MS..

    Dunia kita ni penuh dengan misteri yang belum terungkai oleh manusia..lihat saja alam semesta, rasa belum separuh misterinya kita ketahui..begitunjuga dengan flora dan fauna kita...

    Harap..sebelum manusia pupus..dapatla kita mengenali atau setidak2nya mengekalkan spesis yg ada untuk tatapan generasi akan datang.

    ReplyDelete