Tuesday, February 17, 2009

Tidur Kuak Lentang punya hal..

Nokuro dii aka Kenapalah?

"Nokuro dii kalau sia mau tidur dengan gaya apa pun...? Gaya bebas ka..kuak lentang ka..kupu2 ka..ko peduli apa? Like my heart la..(suka hati sia la..). Sia mau pakai baju tidur ka..swiming suit ka..tali leher ka..blazer ka..tu hal sia la..rumah sia bah bukan rumah ko!" Mungkin ini la yang kita cakap kat kawan kita kalau ada kawan2 kita yang busy body tentang hal peribadi terutama cara kita tidur.....

Jadi..c RUNSAB pun tergerak hati la mau bagi opinion terhadap kes hangat Wakil Rakyat PKR Selangor tu.. Bagi RUNSAB la..perkara begini sudah kira mencabuli hak asasi sebagai seorang rakyat malaysia dan dari segi undang2 mereka yang menyebarkan gambar tu boleh didakwa kerana menyebarkan gambar peribadi kepada umum tanpa kebenaran.. Yela,walaupun dia sengaja ambil ka..terambil ka..tapi gambar tu masih hak peribadinya..so kalau orang dah sebar,tu dah dikira satu ugutan dan berniat menjatuhkan maruah orang....salah disisi UU juga..

Satu lagi..c RUNSAB jadi hairan juga, kenapalah..kalau YB tu nak tidur macamana gaya sekali pun? ada masalah ka? rasanya kita semua tak sedar apa gaya kita guna bila dah khusyuk tidur ye tak? silap haribulan mungkin ada yang tidur siap pasang kuda-kuda lagi..Emm baju pun kena komen?? jadi mau pakai baju apa time tidur? ala..takkan semua YB kat Malaysia ni tidur pakai necktie, kot atau baju kurung? dan tidur macam mayat (tidur sopan la..) ye ke? kalau c RUNSAB tidur tak usah cakapla..kalau cuaca panas..hah tidur pakai 'pistak' je..gaya macam biasala..kuak lentang..hehe..

RUNSAB mengakui la..sebagai Wakil Rakyat, dorang ni terpaksa menjadi role model kepada rakyat. Segala gerak geri, percakapan, perlakuan malahan keluarga menjadi perhatian para paparazi yang sentiasa dahagakan isu2 menarik dari mereka..so, silap sikit je terus masuk berita, news, majalah dan bla...bla... Seolah-olah mereka ni macam banduan pula, sentiasa diawasi but...that is the reality.. Dorang sebenarnya penat..dahla sehari suntuk berkerja, ni bila balik rumah pun tak senang..tidur, makan, mandi kalau boleh semua nak kena rakam atau catat dek wartawan.. Dorang pun nak juga privacy sikitkan?...ala macam kita jugala..Ada ke anatar kita yang suka kalau nak ke tandas pun ada orang nak ikut? sott!!....

Apapun..terpulang kepada individu untuk menilai..tepukla dada tanya selera.. Janganlah kita hanya tahu mencari kesalahan orang lain..mentang2la kita tak suka dia, kita cari kesalahan nak jatuhkan.. Kita di Malaysia hidup dalam pelbagai kaum,bangsa dan agama..jadi kita perlu ada rasa hormat-menghormati dan toleransi...tak kirala dia Yb, datuk, Dr, Penguam, K.Kg, JKKK, pakcik,nenek..apa2 la.. baru la...selamat didunia dan akhirat..ye tak?

Kepada yang sibuk je...jaga tepi kain orang tu..(yg baik hati sebar2 gambar tu). RUNSAB ucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya lain..carila kerja yang lebih berfeadah dan membawa berkat. Kepada yang menjadi mangsa..sabarla dan banyakkan berdoa...rasanya bukan seorang dua yang pernah menjadi mangsa gambar ni,banyak...emm macam Datuk Siti, Maya Karin, Zarina Zainudin, Erra dan bla..bal..semua pernah kena..tapi tak pula disuruh letak jawatan artis.. so hanya jauhari mengenal manikam..


SHALLOMM.....

3 comments:

  1. Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pandangan saudara runsab ni... Rumah itu adalah milik peribadi kita. Sama ada rumah itu rumah milik sendiri kah... rumah sewa kah... itu tetap (sepatutnya) menjamin hak dan "privacy" penghuni sahnya. Malah di rumah tumpangan ataupun hotel-hotel juga menjamin hak dan priversi tetamu atau penyewanya. Bukan kah?
    Dalam kes wakil rakyat PKR ni, tidak lebih daripada angkara "dendam politik". Penglibatan (seperti yang didakwa...)bekas teman lelakinya pun ada kene-mengena dengan motif asal - "pangkat-kedudukan-jawatan".
    Tapi jika pihak media bersifat lebih bertanggungjawab dan beretika, mungkin tidak sepatutnya perkara sebegini diheboh-hebohkan. Jika sebelum ni, blog dan para blogers sering dilemparkan tuduhan bahawa media sebegini adalah media yang kebanyakannya tidak mengutamakan etika. Tapi, apa sudah jadi dengan akhbar-akhbar dan media elektronik (TV station..) yang memula dan seterusnya menghebah dan menghebohkan isu yang mengaibkan mangsa ini? Bukankah ini juga perbuatan yang sangat tidak beretika?
    Saya kira hal dan isu seumpanya ini tidak akan berakhir di sini. Tidak akan ada pengakhirannya... selagi hasad dengki sering menguasai seseorang itu. Biarlah dengan cramah agama berjam-jam... biarlah dihukum penjara bertahun-tahun... biarlah didenda malah disebat sebanyak manapun... keadaan ini tidak akan pernah selesai. Hari ini dia jadi mangsa... esok kau pula terima akibatnya... tulat si anu pula terima bahananya...
    Bukanlah semua orang di dunia ini jahat-jahat belaka. Namun seperti kata pujangga, setitik hasad dengki di hati kita boleh mencemarkan selautan kebaikan, keikhlasan dan kerendahan hati seseorang manusia.

    ReplyDelete
  2. jgn ko main2 sama c MS ni Runsab..suda ku katakan...hahaha..ngam la kamu beforum forum ya..

    ReplyDelete
  3. Perlakuan peribadi sepatutnya, tidak dipolitikkan. Bagi Ocoi, selagi seseorang pemimpin itu membawa kebaikan kepada rakyat, memeberi kemajuan kepada negara, prodaktiviti,proaktif dalam tugasnya, tidak membelakangkan rakyat yang memilihnya, tidak makan suap pujuk, kedudukan, wang,harta dan pangkat, mampu memacu pembangunan negara dari segi ekonomi,sosiopolitik, Selagi itulah dia menjadi pemimpin unggul.Rakayat adalah manusia biasa yang punya akal fikiran, dan manusia itu bukan benada pasif seperti batu,kerusi,kertas dan apa juga yang sewaktu dengannya. Manusia boleh menilai mana yang baik dan mana sebaliknya. Jangan sahaja, perlakuan peribadi itu dibawa dan dicampuradukkan dengan tugas2 rasminya. Asalkan dia tidak tendang terajang periuk nasi orang lain, tidak tabur pasir,batu,tahi atau racun ke atas nasi orang lain. Mengapa perkara peribadi ini harus diperbesar2kan oleh pihak media? Apa lagi..mereka yang tidak sebulu fahaman politiknya pastilah mengambil isu itu untuk agenda politik mereka..tetapi tindakan itu bagi ocoi amat murahan dan tak profesional langsung. Tapi semua ini bagai Ocoi adalah dampak daripada keinginan politik yang tidak matang. Kes ini hampir sama juga dengan kes Datuk Seri Anuar. Beliau didakwa atas rasuah, bila dakwaan itu seakan tidak mampu menumbangkan beliau (Dr.Anuar), digunapakila taktek serang peribadi..dengan kes liwat.Amat memalukan. Ocoi bukan penyokong mana2 parti politik, bukan juga penyokong Datuk Seri Anuar, tetapi Ocoi punya pandangan tersendiri dalam hal2 begini. Adakah..mereka yang menyebar,mengharu birukan kes itu,termasuk pendakwa dan pengambil rakaman sama ada dalam bentuk apa jua(gambar,rakaman video dll) itu benar2 suci hati dan fikiran tanpa secelit niat yang tak baik??? Heeheee..came on manusia...ocoi teringat kata2 seorang kawan dahulu.. bahawa selagi ekor anjing itu bengkok..selagi itu hati manusia tak akan lurus selurus-lurusnya..hahaa..itu bagi Ocoi memang realiti seorang manusia. So..bagi ocoi,dan berharap sangat...agar para politikus di negara ini berhentilah daripada menyarang peribadi sesorang itu .kalau benar2 tak puas hati..tunjukkan kekurangan dan kedagkalan lawan dalam tanggungjawabnya..tak kirala dalam apa juga kerjaya,YB ke,Polis ke,guru ke dan apa sahaja. Jangan serang peribadinya selagi tindakan peribadi itu tidak memberi efek negatif kepada tugasnya. Rasanya tidak ada gunanya kita memilih seorang pemimpin yang terus-terusan bertafakur di Masjid,gereja,kuil,tokong atau di bawah2 pokok rindang jika tugasnya kepada masyarakat,bangsa,agama dan negara terus terabai. Itu samalah kita tidak ada pemimpin,atau seorang pemandu yang hanya duduk di kerusi pemandu tetapi tidak memegang stering keretanya..sama juga kereta itu terjun ke dalam gaung atau menerbak gadis cantik di tepian jalan.Jangan rogolatau cekek kebebasan peribadi seseorang di bumi merdeka ini.

    ReplyDelete