Thursday, February 12, 2009

Nokuro mah...?



Pelik Bin Ganjil: Remaja gothic di negara kita





Nokuro mah
@kenapalah....anak muda @ pelajar zaman sekarang ramai sangat yang suka ikut atau tiru trend yang dorang gelar budaya gothic,punk,skinhead,emo,skaters,rokers dan bla..bla...? Dorang ni semacam dah jadikan benda satu tabu atau budaya yang buli dorang jadikan panduan hidup...sesat tu!!

Budak gothic kat Malaysia ni senang ja nak cam...mereka ni suka menggunakan celak warna hitam pada mata dan mewarnakan kuku mereka menggunakan cat hitam. ni yang basic la..kemudian pakaian pula yang pelik2 macam kat gambar di atas tu...ada unsur kegelapan la..

emo..;"Rusak!! Sanggupkah kita melihat generasi muda kita berkelakuan seperti ini?
Pada dasarnya budaya ni dah lama wujud khasnya di barat...tapi nampaknya budaya ni telah mula menular dan merebak ke dalam budaya timur kita yang dahulunya penuh dengan adab sopan dan moral yang tinggi..kini budaya ketimuran yang kita banggakan telah dicemari dengan budaya2 yang berunsurkan ajaran syaitan@iblis ini. Kenapa saya katakan begitu? kita tengok dan baca sejarah kewujudan budaya gothic ini dahulu. Saya pilih budaya ini kerana ia sangat popular dikalangan anak muda zaman sekarang terutama dari segi fesyen pakaian dan penampilan diri...tidak kurang hebatnya pula dengan trend 'budak emo' ni..sama ja 2X5...walaupun dua geng ni tidak suka disamakan..kununnya dorang ni berlainan prinsip..yala tu...





Awas!! simbol Syaitan : Sign of SATANIC

Awas...gothic ada kaitannya dengan simbol yang tertera kat atas tu...tahukah anda simbol tu apa? hah kalu berani sila layari laman ni..tapi dinasihatkan agar anda sembahyang lu la... http://www.satanicchurch.com/

BAIKNYA?
Pada dasarnya budaya ni bukan la jahat dan teruk sangat...cuma pengikutnya sahaja yang telah memanipulasi objektif asal pelopor atau pengasas budaya ni..sebagai contoh pada zaman pertengahan di eropah pengaruh gothic memainkan peranan besar dari segi architecture bangunannya..

salah satu contoh bangunan di Perancis yg berunsurkan pengaruh gothic

Gothic pada mula digunakan oleh pengasasnya untuk tempat dia mengekspersi dirinya melalui cara pemakaian dan penampilan yang banyak menggunakan unsur warna gelap atau hitam..yang kununnya hidupnya kat dunia ni kosong dan tak bererti lalu dia pun menciptala budaya ni..ia juga dipengaruhi oleh unsur muzik sama seperti blackmetal dan underground..tapi gothic lebih kepada muzik slow sebab dia mahu dunia tahu bahawa jiwanya kosong dan tak punya apa2..macam jiwa blues la juga, orang bilang jiwang atau jiwa-jiwa...so, kalu nak dengar muzik gothic buli la search kat mana2 engine seperti goole,yahoo etc..taip je muzik gothic..keluar la tu..tapi jangan la pula sampai terpengaruh..

So, ia tidaklah berniat jahat pada mulanya...just nak luahkan perasaannya yang gelap..kosong dan tiada hala tuju..but akhirnya ia dipengaruhi oleh kuasa jahat aka syaitan@iblis lalu bertukar menjadi budaya yang menggerunkan...

BURUKNYA?
Tak baiknya gothic yang diamalkan di negara kita ni...ia mengamalkan atau menghalalkan perbuatan yang tegah oleh ajaran agama..tak kira apa agama pun.Okla..kita tengok saja cara pemakaian sudah menjurus kearah negatif..dengan lelakinya memakai celak dan gincu,pakaian pula macam nak menghadiri majlis pengebumian saja ditambah pula dengan aksesoriya yang pelik2..ini bukan cara berpakaian orang kita. Kalau nak tengok budak gothic..buli la jalan2 kat supermarket,pasaraya atau taman bunga setiap hujung minggu atau kalau kat Sabah ni, p ja kat Center Point..banyak budak gothic,emo,punk dan yang sewaktu dengan melepak kat situ..

Paling teruk lagi...pengikut gothic ni mengamalkan seks bebas sesama ahlinya..Hancur bah!!! Mengikut satu pengakuan budak gothic ni sendiri...mereka akan adakan perjumpaan setiap minggu dan menjalankan aktiviti ini ditempat tertentu seperti lorong gelap, belakang bangunan atau bangunan terbiar. Lebih dasyat lagi,kebanyakan pengikutnya adalah golongan remaja 13 tahun hingga 25 tahun. Seorang bekas pengikut gothic pula mendedahklan bahawa mereka akan mengadakan pesta seks ni dibawah pengaruh dadah dan alkohol manakala mereka akan bertukar pasangan tanpa mengira budak tu makwe atau pakwe..so thats mean suka sama suka la..tidak perlu berebut...haiya...rusakkkk...ooo
Tapi saya masih bersyukur kerana pengikut gothic di Sabah belum sampai ke tahap tu...tapi tidak dinafikan ada yang mengamalkan. Hah..tapi kalu kat kota besar macam KL..ya..budak gothic mengamalkannya. Semoga Tuhan memberi jalan yang terang kepada mereka ni...

Kalau saya cerita panjang lebar pun tak guna juga kan..lebih baik kita sendiri baca kat laman web..banyak yg memperkataknnya..saya saja nak kitaorang nilai baik buruknya,memandangkan ia semakin diminati nak digilai remaja kita..terutama saya punya bangsa ni..KDM...insafla...

Bak kata Nabil Raja Lawak 'Lu pikirla sendiri...!!!'






No comments:

Post a Comment